Friday, June 5, 2026

Napoli juara Serie A selepas 33 tahun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NAPOLI dinobatkan sebagai juara Serie A buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Udinese di Stadium Friuli awal pagi tadi.

Keputusan itu meletakkan kelab Naples itu unggul di puncak liga dengan kelebihan 16 mata dengan perlawanan masih berbaki lima perlawanan.

Napoli yang dibimbing Luciano Spalletti sepatutnya diumumkan sebagai juara minggu lalu jika menentang Salernitana namun gagal meraih tiga mata apabila mencatatkan keputusan seri.

Dan aksi di Friuli awal pagi turut mencetus debaran buat penyokong Napoli apabila pemain tengah Udinese, Sandi Lovric meletakkan tuan rumah seawal minit ke-13 perlawanan.

Namun, skuad Gil Azzuri itu bangkit menyamakan kedudukan di separuh masa kedua menerusi jaringan penyerang prolifik, Victor Osimhen pada minit ke-52.

Satu mata yang dikutip sudah cukup untuk memastikan Napoli meraih kejuaraan Scudetto buat kali ketiga selepas memenanginya dua kali ketika lagenda, Diego Maradonna beraksi bersama mereka.

Dua kejuaraan liga yang dimenangi Napoli adalah pada musim 1986-87 dan 1989-90, 33 tahun lalu.

Skuad bimbingan Spalletti ini merekodkan 13 kemenangan daripada 15 perlawanan pertama Serie A dan selepas itu tiada kelab yang mampu mengejar kedudukan mereka termasuk Lazio yang berada di tangga kedua. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan