Friday, June 5, 2026

Hajiji jalani prosedur buang batu karang minggu depan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dijadual menjalani prosedur kecil bagi membuang batu karang minggu depan.

Perkara tersebut disahkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Hajiji mengalami kesakitan namun dalam keadaan sihat.

“Spekulasi mengenai keadaan kesihatan Ketua Menteri tersebar sejak beberapa hari lepas dan beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa semua,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, timbul spekulasi berleluasa sejak beberapa hari lalu mengenai tahap kesihatannya.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut memaklumkan Hajiji Majlis turut menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Ketua Menteri mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu pelbagai lapisan masyarakat yang mengunjungi rumah terbuka itu.

Beliau kemudian menyampai sumbangan raya kepada lebih 70 golongan asnaf pada rumah terbuka itu  termasuk dari rumah orang tua, Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang Pekak, rumah kebajikan dan anak yatim. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan