27.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Teruskan bekerja kerana rakyat tahu menilai – Dr Akmal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengingatkan ahli dan pemimpin parti itu untuk terus menjalankan kerja dan tanggungjawab untuk dinilai rakyat.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Dr Muhamad Akmal mengakui bahawa tidak mudah untuk memperbaiki ‘kerosakan’ yang sudah lama dilakukan, namun ia tidak mustahil untuk dilaksanakan.

“Bukan perkara yang mudah untuk membaiki kerosakan yang telah lama berakar. Tetapi ia juga bukan perkara yang mustahil untuk dilakukan.

“Setiap yang musnah, Allah nak datangkan lebih baik lagi untuk kita. Kita buat kerja kita, cara kita. Rakyat mampu menilai,”katanya.

Advertisements

Dalam hantaran sama, Dr Muhamad Akmal turut memuat naik sekeping gambar di kelilingi sisa bangunan yang runtuh akibat gempa bumi dipercayai di Turkiye.

Pada 24 April lalu, Dr Muhamad Akmal berlepas ke Turkiye dan Syria bagi mengetuai misi kemanusiaan serta menyalurkan bantuan kepada rakyat di kedua-dua negara.

Misi itu merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Melaka dan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Briged Negaraku serta Malaysian Youth Volunteer Community (Myvoc).

Misi membabitkan sembilan peserta itu berlepas ke Turkiye dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan