Sunday, June 14, 2026

Luqman ledak gol di Iceland

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin meledak gol di Eropah dalam pentas bola sepak Iceland bersama kelab FC Njardvik.

Luqman menjaringkan gol dalam aksi pusingan ke-32 Piala Iceland hari ini, setelah dimasukkan selaku pemain gantian untuk menajamkan lagi jentera serangan Njardvik.

Pemain berusia 20 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab Iceland, FC Njardvik selama satu musim dari KV Kortrijk untuk mendapatkan minit permainan.

Percaturan kerjaya beliau di Eropah membuahlan hasil apabila terus menjadi pilihan barisan kejurulatihan untuk terus mengetuai jentera serangan pasukan.

Kemasukan Luqman membantu kemenangan pasukan dengan jaringan 4-1.

Kemenangan besar ini sekaligus membawa pasukan ke peringkat suku akhir kejohanan tersebut.

Prestasi pada perlawanan ini menjadi suntikan moral terbaik buat Luqman bagi memainkan peranan yang cukup penting bersama Njardvik.

Ia sekaligus meningkatkan motivasi beliau setelah tidak dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bersama skuad bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan bermula 19 April bagi menghadapi acara bola sepak lelaki Sukan SEA Cambodia 2023 pada bulan depan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan