Sunday, June 14, 2026

JIM kesan lelaki warga Bangladesh bagi perbicaraan mahkamah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) mengesan seorang lelaki warganegara Bangladesh bagi tujuan perbicaraan mahkamah.

JIM menerusi kenyataan berkata, lelaki itu dikenali sebagai Md. Anisur Rahman berumur 44 tahun.

Katanya, alamat terakhir lelaki itu adalah di Skillfull Team Sdn. Bhd., tempat letak kereta Puspanitapuri, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, 6200 Putrajaya.

“Subjek dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya menghubungi pihak JIM,” katanya hari ini.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Mohd. Azamuddin Long di talian 03-8880 1338/1330 pada waktu pejabat.

Selain itu, maklumat juga boleh diberikan dengan menghubungi Bilik Gerakan 03-8880 1555 selepas waktu pejabat. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan