33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Sebarang masalah penerbangan boleh buat aduan kepada Mavcom

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBARANG masalah berkaitan dengan perkhidmatan penerbangan pengguna boleh membuat aduan terus kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi kenyataan berkata, apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, KPDN.

“Ia selaras dengan pindaan Akta perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, Seksyen 99(1)(c).

Advertisements

“Sehubungan dengan itu, KPDN menyeru semua pengguna untuk menyimpan, merekodkan semua transaksi apabila berhubungan dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan terus kepada Mavcom berserta dengan bahan bukti melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel [email protected], “menurut kenyataan itu.

Kementerian berkata, segala aduan yang KPDN terima selama ini telah dimajukan kepada Mavcom untuk tindakan selanjutnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan