Thursday, July 23, 2026

United pintas Newcastle di tangga ketiga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Nottingham Forest awal pagi tadi.

Kehilangan penjaring utama, Marcus Rashford nyata tidak memberikan masalah buat United apabila berjaya menjaring gol dalam setiap babak ketika mengutip tiga mata penuh di The City Ground.

Pemain sayap, Anthony meletakkan Red Devils di depan pada minit ke-32 menerusi sepakan jarak dekat menjadikan kedudukan 1-0.

United tambah selesa di babak kedua apabila pemain pertahanan Diogo Dalot menyudahkan hantaran Anthony terus ke penjuru kanan gawang Forest yang dikawal Kaylor Navas.

Pengurus United, Erik Ten Hag berkata, Red Devils sepatutnya melakukan dengan lebih baik lagi terutama dalam aspek menjaringkan gol untuk mematikan kebangkitan lawan.

“Kritikan saya hanya jumlah jaringan sepatutnya lebih lagi, 3-0 atau 4-0.

“Kami terlepas beberapa peluang. Kami mahu membunuh perlawanan seawal yang boleh, jadi setiap peluang sepatutnya diterjemahkan dengan jaringan,” katanya seperti dipetik daripada Sky Sports.

Untuk rekod, United melakukan 22 percubaan berbanding Forest enam dan lapan daripadanya adalah percubaan tepat ke arah gol.

Bagaimanapun, tiga mata yang dikutip United pagi tadi melonjakkan kelab itu mengatasi Newcastle dengan perbezaan tiga gol selepas 30 perlawanan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan