25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

EPL: Chelsea tumbang di tangan Brighton

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENGURUS Interim, Frank Lampard terus ditimpa kekecewaan setelah Chelsea tewas 2-1 kepada Brighton and Hove Albion pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge pada malam tadi.

The Blues kini mengalami kekalahan ketiga berturut-turut di bawah pimpinan sementara Lampard sejak dilantik bagi menggantikan Graham Potter yang dipecat.

Seagulls terus terbang tinggi bangkit daripada ketinggalan untuk merampas tiga mata di Stamford Bridge.

Danny Welbeck membatalkan gol pembukaan Conor Gallagher untuk menjadikan kedudukan terikat 1-1 di babak pertama perlawanan.

Pemain muda Paraguay, Julio Enciso menjadi wira buat Brighton dengan melalukan rembatan dari luar kotak penalti untuk menghadiahkan kemenangan buat skuad Roberto De Zerbi.

Advertisements

Brighton yang mempamerkan prestasi luar biasa musim ini kini berada dalam empat mata di belakang Tottenham yang berada di tangga kelima.

Chelsea pula kekal menguhuni di tempat ke-11.

The Blues akan berdepan misi getir selepas ini menerima kunjungan Real Madrid dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara pada Rabu ini.

Chelsea perlu bangkit daripada defisit 2-0 menentang penyandang juara itu jika mereka ingin mara ke separuh akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan