27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Agong dirawat di IJN, mengadu kurang selesa dengan kesihatan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah dimasukkan di Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan baginda.

“Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak berada dalam keadaan yang membimbangkan.

“Baginda juga dijangka akan dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Memetik Astro Awani, dalam kenyataan sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu, semalam dalam rangka lawatan peribadi telah bergegas pulang untuk bersama dengan Al-Sultan Abdullah.

“Tunku Hajah Azizah telah membatalkan lawatan tersebut yang dijadualkan selama tiga hari sehingga Rabu.

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan,” kata beliau lagi.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan