31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bomba potong tingkap keluarkan mayat sudah kembung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BOMBA terpaksa memotong bahagian tingkap sebuah rumah di Jalan 2/38, Seksyen 2, Petaling Jaya bagi mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah kembung.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 10.39 malam, semalam.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membawa keluar mayat tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati ada satu mayat lelaki tempatan berusia 43 tahun telah kembung di dalam bilik rumahnya.

Advertisements

“Pihak bomba terpaksa melakukan kerja-kerja memotong tingkap bilik bagi mengeluarkan mayat melalui tingkap kerana pintu bilik yang terlalu sempit,”katanya dalam kenyataan di sini.

Morni berkata, mayat dapat diangkat dengan kerjasama pasukan polis.

“Mayat tersebut kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebaik sahaja diangkat masuk ke dalam trak jenis Land Rover milik polis,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan