27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Lebuh raya DUKE setuju laksana sistem pembayaran terbuka

Persetujuan DUKE menjadikan jumlah lebuh raya yang terlibat dalam pelaksanan sistem kepada 12 syarikat konsesi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEBUH raya Duta-Ulu Klang (DUKE) menjadi syarikat konsesi terbaharu yang akan mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuh raya kendaliannya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, persetujuan itu menjadikan jumlah syarikat konsesi yang terlibat dalam pelaksanan sistem kepada 12 lebuh raya.

Katanya, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dan DUKE dan dijangka dilaksanakan bermula pada September depan.

“Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini merupakan persediaan awal peralihan ke arah pelaksanaan Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024. 

“MLFF juga diharapkan dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di plaza tol selain memberikan kemudahan dan memastikan keselamatan semua pengguna lebuhraya terjamin,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 11 syarikat konsesi lebuh raya sebelum ini bersetuju untuk melaksanakan sistem pembayaran secara terbuka.

Advertisements

Lebuhraya-lebuhraya yang terlibat termasuklah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim. 

Selain itu, turut sama mengambil bahagian adalah Lebuhraya Damansara-Puchong

(LDP), Skim Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX).

Sementara itu, Nanta Linggi memaklumkan, Lebuh Raya DUKE juga dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem MLFF sebelum dilaksanakan di semua lebuhraya.

“Ketika ini, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka, POC dan MLFF ini masih mengikut jadual dan kementerian ini sedang giat berusaha memastikan kesemua perancangan dapat dijayakan dengan lancar. 

“Saya memohon kerjasama semua pihak agar bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan di kementerian ini yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini sekaligus memastikan transisi MLFF ini dapat dilaksanakan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan