Tuesday, June 16, 2026

Anggota ATM hilang di Hutan Simpan Belum – PDRM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota tentera dilaporkan hilang ketika menjalankan tugas di kawasan pedalaman di Hutan Simpan Belum, Gerik, Perak pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, anggota berusia 33 tahun tersebut dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong.

Katanya, pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kehilangan anggota tersebut pada 12.50 pagi Ahad lalu.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa mangsa bersama lima anggota yang lain sedang menjalankan operasi di kawasan penugasan.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula 7 April. Sehingga kini mangsa belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan