28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mohd. Amran dilantik Ketua Hakim Syarie

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

HAKIM Mahkamah Rayuan, Mohd. Amran Mat Zain dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Mohd. Amran merupakan lulusan ljazah Sariana Muda Syariah (Kepujian), Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-Undang LLM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). 

Katanya, beliau turut memiliki Diploma Lepasan ljazah (Pentadbiran dan Perundangan Islam), UIAM.

“Beliau mempunyai pengalaman selama 29 tahun dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah apabila mula menertai perkhidmatan awam sejak 1994. 

“Beliau memulakan tugas sebagai Pegawai Syariah di Biro Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan, selain pernah bertugas sebagai Pendaftar di JKSM dan Hakim Mahkamah Rendah Sariah Wilayah Persekutuan Putrajaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Naim berkata, sebelum ini, Mohd. Amran telah diamanahkan sebagai Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga JKSM, Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Ketua Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. 

Advertisements

Katanya, jawatan terakhir beliau di JKSM adalah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

“Sepanjang perkhidmatan, beliau turut pernah mengikuti kursus jangka pendek di The Muslim College of London.

“Berpandukan kepada pengalaman luas serta kelayakan yang dimiliki,

kami amat yakin dengan kewibawaan beliau untuk menerajui JKSM dalam usaha meneruskan kecemerlangan jabatan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin mengucapkan tahniah dan berharap Mohd Amran dapat menjalankan amanah ini dengan sepenuh hati demi agama, negara dan ummah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan