Friday, June 5, 2026

Gempa bumi Indonesia: Bomba terima kes gegaran di KL

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BOMBA Kuala Lumpur menerima laporan berlaku gegaran di Rumah Pangsa Pudu Impian 1 di ibu kota, malam tadi.

Ia dipercayai kesan gempa yang berlaku pada jarak 84 kilometer (km) di barat daya Padang Sidempuan, Indonesia dengan magnitud 6.5 skala Richter pada jam 10.59 malam tadi.

Difahamkan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 dan pemanggil menyatakan terasa gegaran di bangunan kediaman.

“Pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu tiba di lokasi dan membuat pemantauan bangunan, didapati tiada berlaku apa-apa rekahan pada bangunan.

“Bangunan berada dalam keadaan selamat. Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya, malam tadi.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan berlaku gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 10.59 malam.

METMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, gegaran di negara jiran itu mungkin turut dirasai di beberapa negeri di Malaysia.

“Gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya.

METMalaysia turut memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa yang berlaku.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan