Saturday, June 13, 2026

Aksi EPL pertama dihentikan seketika untuk berbuka puasa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Perlawanan membabitkan Everton dan Tottenham Hotspurs menjadi aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dihentikan seketika bagi memberi peluang pemain Muslim berbuka puasa.

Dalam aksi di Goodison Park itu, perlawanan dihentikan sementara pada minit ke-26 bagi memberi laluan kepada tiga pemain berbuka.

Kesemua mereka adalah pemain Everton, Andre Onana, Abdoulaye Doucoure dan Idrissa Gueye yang sempat minum, makan dan mengambil gel tenaga untuk berbuka.

Tiada pemain dalam kesebelasan utama Spurs beragama Islam yang turun beraksi awal pagi tadi.

Pengadil, David Coote meniupkan wisel pada minit ke-26 bagi memberi peluang pemain berbuka puasa dan perlawanan dihentikan untuk beberapa minit.

EPL baru-baru ingin mengumumkan langkah menghentikan sementara perlawanan untuk memberi laluan kepada pemain beragama Islam berbuka puasa pada bulan Ramadan.

Minggu lalu, tiada perlawanan yang terlibat kerana kesemuanya berlangsung pada sebelah tengahari dan petang tidak menginjak ke waktu Maghrib.

Situasi ini jauh berbeza dengan Ligue 1 di Perancis apabila pengadil diberikan amaran supaya tidak sesekali menghentikan perlawanan untuk berbuka puasa. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan