33.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Polis mohon bantuan kesan OKU hilang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 14 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, lelaki itu dikenali sebagai Zulkhairuddin Idris, 41, beralamat terakhir di Jalan Lama Kampung Panchang Bedena.

Menurut beliau, kes orang hilang itu dikendalikan Balai Polis Sungai Besar.

“Siasatan mendapati lelaki itu menggunakan motosikal SYM 185 berwarna hijau dengan nombor pendaftaran VGS 9576.

Advertisements

“Sehingga kini, dia masih belum ditemui dan tindakan pengesanan sedang dijalankan,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Agus Salim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Timbalan Ketua Balai Polis Sungai Besar, Sarjan Mejar Frankie Pador di talian 03-32242222 atau 010-7722375.

Menurutnya, maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah Sabak Bernam di talian 03-32245963 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Suspek serang balai polis Ulu Tiram buat persiapan rapi

POLIS mengesahkan suspek yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi telah...

Lagi Artikel Berkaitan