32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

‘Tok Leman’ minta rakyat Melaka sokong KM baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Sulaiman Md. Ali mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Melaka atas segala sokongan, dokongan, pandangan, cadangan mahupun kritikan beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka.

Beliau turut memohon maaf atas segala kelemahan, kesilapan, kesalahan dan kekhilafan sepanjang beliau memegang amanah tersebut.

Pada masa sama Sulaiman turut memohon rakyat Melaka itu supaya terus memberikan sokongan kepada kepimpinaan baharu kerajaan negeri tersebut.

“Hari ini adalah hari terakhir saya memegang amanah mengetuai dan memimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka sebagai Ketua Menteri ke-12 bermula dari 9 Mac 2020 yang lepas.

Advertisements

“Saya menyeru dan merayu kepada rakyat Melaka agar terus memberikan sokongan, dokongan dan kerjasama kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang baharu, sama seperti yang telah diberikan kepada saya sebelum ini demi Melaka yang tercinta,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sulaiman menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen kelmarin.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau telag mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam bagi mempersembahkan nama calon.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof telah dipersembahkan untuk diangkat sebagai Ketua Menteri Melaka ke-14. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan