26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Piala Sudirman: Cabaran getir menanti Malaysia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UNDIAN peringkat kumpulan Piala Sudirman 2023 nyata tidak menyebelahi skuad badminton negara apabila diletakkan dalam kumpulan C bersama India, Taiwan dan Australia.

Biarpun diletakkan sebagai pilihan ketiga bersama Indonesia, cabaran getir pastinya menanti skuad negara apabila terpaksa berdepan India yang sebelum ini menewaskan Malaysia 4-1 pada pusingan kelayakan Februari lalu.

Cabaran Australia mungkin tidak sehebat India namun kelibat pasukan yang meningkat naik, Taiwan perlu diawasi terutama perseorangan lelaki mereka, Chou Tien Chen.

Advertisements

Untuk rekod, dalam edisi sebelum ini, skuad badminton negara menamatkan saingan di peringkat separuh akhir selepas tewas 3-1 kepada Jepun.

Sementara itu, undian yang diadakan hari itu memperlihatkan juara bertahan, China diundi dalam kumpulan A.

Pasukan jiran, Indonesia pula boleh menarik nafas lega apabila diundi bersama Thailand, Jerman dan Kanada dalam kumpulan B. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan