32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiada virus Marburg dikesan di negara ini – Dr. Zaliha

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIADA penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini. 

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus membuat langkah pengawasan bagi mengurangkan risiko penularan virus berkenaan.

Katanya, pengawasan dan pemantauan terutamanya di pintu masuk antarabangsa negara akan diperhebat selain mengikuti perkembangan virus berkenaan dari semasa ke semasa.

“Apabila ada berita mengenai virus seperti ini kita akan buat pemantauan khususnya kepada mereka yang datang dari Afrika. 

“Namun, setakat ini belum ada apa-apa lagi yang dikesan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas Tinjauan Mesra Bazar Ramadan 2023 Peringkat Negeri Johor di Bazar Ramadan Sekijang, Taman Utama, Segamat, Johor hari ini.

Bagaimanapun beliau menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang baru pulang dari Afrika untuk membuat pemeriksaan di hospital dan klinik berhampiran sekiranya menunjukkan gejala kesihatan yang merosot.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai penyakit virus Marburg yang setakat ini telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania. – BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan