Wednesday, June 17, 2026

Maritim gagalkan cubaan seludup 8,000 liter diesel ke Thailand

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Martitim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel secara haram ke Thailand di perairan Kuala Perlis, di sini semalam.

Sehubungan itu, empat nelayan termasuk dua warga Thailand telah ditahan.

Menurut Pengarahnya, Komander Maritim, Mohd Hashim Mat Zain berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 5.23 petang selepas anggotanya yang sedang melakukan rondaan rutin Op Aman ternampak sebuah bot nelayan Kelas C sedang melalui perairan berkenaan pada kedudukan 2.3 batu nautika dari barat muara Kuala Perlis menuju sempadan perairan Malaysia-Thailand.

“Penahanan suspek dibuat adalah hasil maklumat risikan dan intipan yang dilakukan oleh Unit Risik Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis dalam beberapa minggu lalu.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, bot itu dikendalikan seorang tekong warga tempatan dan tiga awak-awak yang mana dua daripadanya adalah warga Thailand berusia dalam lingkungan 39 hingga 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Hashim, hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bot itu diubahsuai dengan menambah ruang tangki minyak yang mana bekalan diesel cuba diseludup itu akan diisi pada ruang berkenaan.

Menurutnya, anggaran nilai diesel yang dirampas adalah sebanyak 8,000 liter dengan nilai RM16,000 menjadikan jumlah nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin, dan minyak diesel adalah menjadi RM 216,000.

“Bot bersama semua kru serta hasil tangkapan dibawa ke jeti Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana mengubahsuai tangki minyak tambahan tanpa kebenaran dan melanggar syarat sah lesen, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar diesel bersubsidi dan Seksyen 239 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 1988 kerana penggunaan dan pemilikan peranti komunikasi yang tidak mengikut piawaian.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan