25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Purata harga ayam standard naik lebih RM10 sekilogram

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan purata harga ayam standard pada bulan Februari 2023 meningkat kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022.

Makluman itu diperoleh melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) yang kekal di paras  3.7 peratus (%) bagi tinjauan  Februari 2023. 

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin, selain itu, purata harga bahan mentah itu di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.76 sekilogram berbanding RM8.94 sekilogram pada Februari 2022 di mana melebihi paras harga kawalan ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40.

“Selain itu, peningkatan pada subkumpulan itu turut didorong oleh peningkatan daging babi (31.8 %) dan itik (10.5 %).

“Secara bulanan, daging segar meningkat sebanyak 0.5 % disumbangkan oleh peningkatan daging babi yang mencatatkan kenaikan 2.4 %, diikuti daging ayam dan itik di mana masing-masing meningkat sebanyak 0.4 %,” katanya dalam satu kenyataan akhbar berkenaan IHP Februari 2023 yang dikeluarkan hari ini.

Ujar Mohd Uzir lagi, peningkatan dua digit daging babi yang berterusan sejak 2022 adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan susulan Demam Babi Afrika yang melanda beberapa negeri.

“Bagaimanapun, daging lembu mencatatkan penurunan sebanyak negatif 0.1%,” katanya.

Pada masa sama, menurutnya, hujan lebat berterusan sejak akhir Disember 2022 hingga Februari 2023 di beberapa negeri telah mendorong kepada kenaikan harga makanan terutamanya sayur-sayuran.

“Kesan daripada perubahan monsun itu, inflasi bagi subkumpulan sayur-sayuran telah mencatatkan peningkatan ketara kepada 5.8 % berbanding 1% pada Januari 2023.

“Secara bulanan, sayur-sayuran merekodkan peningkatan sebanyak 2.8 peratus berbanding 0.7 % pada Januari 2023.

“Antara sayur-sayuran mencatatkan kenaikan tahun ke tahun adalah timun (24.8 %) dengan purata harga RM5.20 sekilogram serta bendi (19 %) dengan purata harga RM11.66 sekilogram,” katanya.

Jelasnya, kenaikan juga dicatatkan bagi tomato iaitu peningkatan sebanyak 17.1 % dengan purata harga RM8.73 sekilogram

Untuk rekod, IHP bertindak menjadi pengukur kepada paras inflasi utama Malaysia.

Bagaimanapun paras inflasi itu kekal memperlihatkan kenaikan secara perlahan sekitar 0.2% dan ia didorong oleh paras inflasi kumpulan seperti Restoran dan Hotel (7.4%), Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (7.0%) dan Pengangkutan (3.7%).

Paras tersebut juga turut dicetuskan oleh kumpulan Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (3.4%), Pelbagai Barang dan Perkhidmat (2.5%) dan Kesihatan (1.8%).

Sementara itu, paras inflasi melibatkan subkumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol 

telah naik antara 0.6% hingga 9.0%. Ini merangkumi inflasi Makanan di Rumah (5.8%), Daging (9.0%), Beras, Roti dan Bijirin (6.7%), Ikan dan Makanan Laut (3.2%), Susu, Keju dan Telur (6.6%), Buah-Buahan (4.7%), Satur-Sayuran (5.8%), Gula, Jem, Madu, Coklat dan Manisan (3.6%) serta Makanan di Luar Rumah (8.9%).

Berdasarkan paras inflasi mengikut negeri pula, didapati 6 negeri telah mencatatkan kadar inflasi lebihi paras nasional 3.7%, iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya sebanyak 4.7%; diikuti Selangor (4.3%); Johor (4.1%); Sarawak (4.0%); Pahang (4.0%) dan Perak (3.8%).

Manakala Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula kekal mencatatkan paras inflasi serendah 2.3%.

Secara menyeluruh, mengikut data Asia – Malaysia masih memiliki paras inflasi yang lebih rendah berbanding Indonesia (5.5%), Vietnam (4.3%), Thailand (3.8%).

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan