32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sidang Dewan Rakyat penggal kedua diawalkan

Mesti Baca

TARIKH bagi Sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 dipinda kepada 22 Mei hingga 15 Jun ini, berbanding takwim asal pada 12 hingga 27 Jun 2023.

Perkara itu dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan, di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis telah bersetuju dengan pindaan itu, selaras dengan Peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Advertisements

“Notis bertulis akan saya berikan kepada semua Ahli yang Berhormat selepas ini. Ini adalah susulan daripada permintaan saya kepada Perdana Menteri.

“Ini kerana ramai ahli Yang Berhormat akan menjalani ibadah haji di Mekah pada tahun ini dan perlu membuat persiapan sewajarnya memandangkan Hari Raya Haji dijangka pada 29 Jun 2023,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan