27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Polis Selangor nafi minta tajaan RM50,000 Hari Polis 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan terdapat permohonan sumbangan kewangan bernilai puluhan ribu ringgit bagi tajaan Program Hari Polis Ke-216 pada tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengesan penyebaran sekeping surat yang ditularkan di aplikasi Telegram mendakwa kononnya terdapat surat permohonan berhubung sumbangan Hari Polis Ke-216.

Menurutnya, surat yang dikongsikan di platform media sosial tersebut mendakwa sumbangan kewangan yang diminta sebanyak RM50,000 telah dimasukkan ke akaun sebuah syarikat.

“Polis Kontinjen Selangor menafikan kewujudan surat bagi tujuan penajaan Hari Polis tersebut yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan dalam Kontinjen Selangor.

“Pihak polis ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang perkongsian atau penyebaran sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih,” katanya dalam satu kenyataan , hari ini.

Ujar beliau, mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa.

Terdahulu, tular di media sosial surat bertarikh 20 March berkenaan permohonan sumbangan kewangan bari program Hari Polis.

Dalam surat tular berkenaan juga menyatakan sebuah syarikat telah dilantik bagi menguruskan persiapan tersebut serta sumbangan juga boleh dibuat secara terus ke akaun tersebut.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan