25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Projek akhir penuntut Malaysia dapat pengiktirafan di AS

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Projek tahun akhir seorang penuntut Malaysia di University of Maryland, Amerika Syarikat (AS) mendapat pengiktirafan untuk dibangun dan dimajukan oleh universiti itu.

Menerusi projek ‘Sleep Good Hood’, Ainul Wadhihah Abdul Rahim, 23, telah terpilih mengikuti program Mpowering the State Enreprenuership Fellowship.

Anak petani kelahiran Kampung Air Merah, Mersing, Johor itu sedang mengikuti pengajian Kejuruteraan Bio di peringkat ijazah sarjana muda, dan kini ditawarkan mengikuti pengajian sarjana profesional di universiti yang sama.

Menurut pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu, hasil kajian dihasilkan itu berjaya menarik perhatian penuh pihak universiti untuk diketengahkan dalam program tersebut.

Advertisements
Sumber: UMMC

“Saya akan berkolaborasi dengan pelbagai pihak terutamanya University of Maryland Medical Centre di Baltimore untuk menghasilkan alat perubatan yang dapat meningkatkan kualiti tidur para pesakit di Unit Rawatan Intensif (ICU),” katanya yang dipetik dari Ewarta Mara hari ini.

Ainul Wadhihah berkata, apabila kembali ke tanah air kelak, dia berhasrat berganding bahu dengan pihak Mara untuk membantu meningkatkan taraf teknologi di hospital-hospital kerajaan seluruh negara.

Dia berkata, selain mengikuti pengajian di University of Maryland, dia turut bekerja sebagai felo di Robert E. Fischell Institute for Biomedical Devices.

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan