25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

IPMA lahir 716,832 graduan TVET – Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Institusi pendidikan MARA (IPMA) telah menyumbang sebanyak 716,832 graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi pelbagai industri kritikal negara.

Menteri Kemajuan Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad berkata, kerajaan juga mensasarkan sekurang-kurangnya 55 peratus lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian dalam bidang TVET menjelang 2025.

Katanya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) komited dalam melahirkan modal insan kompetensi, berasaskan permintaan industri.

“Kewujudan tujuh buah pusat Kolej Profesional Mara (KPM) yang menawarkan program-program diploma dan sijil memberikan satu kelebihan dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan ke aras lebih tinggi serta berkualtiti dalam industri.

Advertisements

“Sehingga kini, Mara telah menyumbang sejumlah 716,832 guna tenaga mahir dan separa mahir dalam pelbagai industri kritikal negara.

“Ipma juga digesa mempergiatkan pelaksanaan program yang mampu menjenamakan TVET sebagai pilihan utama pendidikan serta kerjaya khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucapan dalam Majlis Konvokesyen Perdana IPMA 2023 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Konvokesyen Ipma berlangsung dari 6 hingga 10 Mac ini bagi meraikan sebanyak 12,142 graduan yang tamat pengajian pada 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan