33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

United jadi ‘lauk’ Liverpool

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi merupakan mimpi ngeri buat penyokong Manchester United selepas menyaksikan kelab kesayangan mereka ‘dibogelkan’ apabila dibelasah 7-0 oleh musuh seteru, Liverpool.

United yang dibimbing Erik Ten Hag berada dalam prestasi terbaik, 11 perlawanan tanpa tewas dan muncul juara Piala Liga baru-baru ini namun aksi di Anfield mempamerkan sebaliknya.

Skuad Red Devils hanya ketinggalan satu gol hasil jaringan Cody Gakpo pada minit ke-43 namun pada 45 minit berikutnya merupakan separuh masa yang ingin dilenyapkan terus dari ingatan penyokong United.

Semangat pemain Liverpool selepas waktu rehat sungguh menakjubkan. Enam gol diledak pada babak kedua memperlihatkan ketajaman jentera penyudah The Reds.

Advertisements

Darwin Nunez dan Mohamed Salah masing-masing mencetak dua gol sementara Gakpo turut menambah jaringan peribadi kedua pada malam itu sebelum Roberto Firmino melengkapkan malam gemilang Liverpool menerusi gol pada minit ke-88.

Ini merupakan kekalahan terbesar United dalam tempoh 80 tahun.

Untuk rekod, kali terakhir mereka tewas besar adalah pada Disember 1931 kepada Wolverhampton Wanderers 7-0, juga 7-0 kepada Aston Villa pada Disember 1930 dan jumlah jaringan sama kepada Blackburn Rovers pada April 1926. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM laksana pebagai inisiatif untuk reformasikan pendidikan negara

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara. Menurut KPM dalam kenyataannya, ini termasuk pengstrukturan...

Lagi Artikel Berkaitan