33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Peluang anak muda tanya PM dalam Temu Anwar 19 Mac ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GOLONGAN muda berpeluang untuk bertanya soalan secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program Temu Anwar yang dijadual bakal berlangsung pada 19 Mac ini.

Memetik hantaran dalam laman Facebook rasmi beliau hari ini, program dialog bersama anak muda itu akan bermula pada pukul 3 petang di Dewan 6 dan 7, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Program yang dilaksanakan sejak 2009 itu bakal menyaksikan kelainan kali ini kerana buat julung-julung kalinya, ia diadakan setelah Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Advertisements

“Untuk kali ini, Temu Anwar akan diadakan bersama dengan program Forum dan Eksposisi Pemerkasaan Anak Muda 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,” jelas hantaran tersebut.

Program dialog anak muda bersiri yang sinonim dengan Anwar itu turut disiarkan secara langsung.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui laman sesawang temuanwar.com dan pendaftaran adalah terhad

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan