28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banjir: Kerajaan salur segera bantuan kepada yang layak

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Kerajaan akan menyalurkan segera pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau bencana banjir, selepas mendapat maklumat lengkap disediakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak, dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pihaknya melaluiĀ Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menetapkan tempoh selewat-lewatnya seminggu untuk menyalurkan bantuan berkenaan kepada negeri dan daerah terlibat.

ā€œNADMA tidak akan bertangguh dari aspek tersebut, itu juga komitmenĀ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, bahawa ia perlu disalur segera,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mendengar taklimat di Pusat Kawalan Operasi Bencana Muar hari ini.

Advertisements

Terdahulu, beliau melawat pusat pemindahan sementara (PPS) IKTBN Pagoh, dan PPS Dewan Serbaguna Pagoh.

Armizan berkata, ketika ini, pihaknya faham Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah memerlukan sedikit masa untuk menyemak data dan statistik, supaya tidak berlaku pertindihan dan memastikan hanya mangsa banjir yang berkelayakan menerima bantuan tersebut.

Beliau berkata, ini memandangkan, terdapat juga mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS dan sehubungan itu, maklumat mereka perlu disahkan menerusi pelbagai pihak seperti penghulu, ketua kampung atau Pejabat Daerah.

ā€œIni (BWI) dana awam, jadi walaupun kita telah kurangkan karenah birokrasiĀ ada juga prosedur operasi standardĀ yang perlu dipatuhi,ā€ katanya dan menambah, nilai bantuan berkenaan amat bernilai dan bermakna kepada mangsa banjir yang terlibat. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan