25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Banjir: Dua kes COVID-19 dikesan di PPS

Sebanyak 18 fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut terjejas.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TERDAPAT dua kes jangkitan COVID-19 dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini, susulan musibah banjir yang melanda Johor sejak 1 Mac lepas.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia masing-masing dikesan di Segamat dan Kluang.

“Kedua-dua individu tersebut bagaimanapun dilaporkan stabil dan sedang menjalani isolasi di Hospital Segamat dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

“Kami juga akan memantau aktiviti memasak di PPS (sekiranya ada) untuk mengelakkan masalah keracunan makanan manakala aktiviti pencegahan untuk denggi dan leptospirosis, sentiasa dijalankan setiap hari oleh pasukan dari PKD (Pejabat Kesihatan Daerah),” katanya pada sidang media selepas merasmikan simposium mengenai penyakit jantung semasa kehamilan di Hospital Serdang di Serdang, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, sebanyak 18 fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) terjejas yang melibatkan 13 klinik desa, empat klinik kesihatan dan satu klinik pergigian masing- masing di Segamat dan Tangkak.

“Chaah (di Segamat) paling terkesan terutama klinik kesihatan. Beberapa peranti turut rosak di sana (akibat banjir),” katanya p

“Buat masa ini, pasukan petugas KKM termasuk dari Muar, Tangkak dan Putrajaya yang ditugaskan bagi memberi khidmat kesihatan kepada mangsa banjir adalah mencukupi,”katanya.

Keadaan banjir di Johor menyaksikan jumlah mangsa yang terjejas meningkat kepada 37,322 orang setakat pukul 8 pagi ini berbanding 34,849 mangsa pada 8 malam tadi. – Edisi 9

Terkini

Parlimen Malaysia, UNDP perbaharui kerjasama sehingga 2025

PARLIMEN Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju memperbaharui kerjasama sehingga 2025. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan