32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

KWSP umum dividen 5.35 peratus konvensional, 4.75 peratus syariah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN Wang Simpanan Perkerja (KWSP) hari ini mengumumkan agihan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus pula bagi simpanan syariah bagi tahun 2022.

Jumlah agihan tersebut jauh lebih rendah berbanding kadar dividen pada tahun 2021 yang menyaksikan agihan dividen sebanyak 6.1 peratus atau RM50.45 bilion bagi simpanan konvensional.

Sementara untuk simpanan syariah pada tahun 2021 bagi dana persaraan itu adalah berjumlah RM6.27 bilion atau 5.65 peratus.

Advertisements
KWSP umum dividen bagi dua jenis simpanan bagi tahun 2022 hari ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara.

Kadar terendah dividen dalam tempoh lima tahun adalah pada 2020 dengan agihan sebanyak 5.2 peratus bagi konvensional sementara bagi dividen simpanan syariah bagi tahun 2022 adalah yang terendah dalam tempoh tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan