25.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Henti pemburuan politik ke atas pemimpin Bersatu – Hamzah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN digesa menghentikan tindakan yang disifatkan sebagai pemburuan politik yang tiada kesudahan ke atas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Memetik laporan Astro Awani, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ini kerana tiada sebarang salah laku dilakukan oleh mana-mana pemimpin parti tersebut.

Dakwa Hamzah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai alasan kukuh untuk memohon penahanan Bendahari Agung parti itu, Datuk Mohamed Salleh Bajuri atas alasan siasatan kerana pihaknya sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Bersatu berpendirian bahawa tahanan reman ke atas Mohamed Salleh adalah sebahagian daripada tekanan yang diberikan kepada pegawai dan pemimpin Bersatu untuk mencari kesalahan yang tidak wujud.

“Begitu juga tindakan menjalankan siasatan ke atas vendor-vendor Bersatu adalah sebahagian daripada pemburuan politik kerajaan PH-BN yang masih berterusan.

Advertisements

“Penyata kewangan Bersatu telah diaudit setiap tahun dan diluluskan dalam Persidangan Agung Tahunan. Tidak ada apa-apa perkara tidak teratur ditemui dalam penyata kewangan tersebut, yang telah disahkan oleh juruaudit bertauliah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Salleh telah ditahan reman selama dua hari oleh SPRM pada Khamis membantu siasatan berhubung siasatan ke atas akaun parti itu yang kini dibekukan.

SPRM juga dilaporkan akan memanggil beberapa lagi pemimpin Bersatu untuk membantu siasatan berhubung siasatan dana lebih RM300 juta yang disyaki diterima parti tersebut.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, Mohamed Salleh merupakan seorang yang amanah dan berintegriti telah memastikan semua perolehan yang dibuat oleh Bersatu melalui proses dan tatacara kewangan parti.

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan