29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tiga empangan di Johor buat pelepasan air

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) membuat keputusan melepaskan air secara terkawal di tiga empangan di Johor.

Menurut kenyataan JPS, tindakan itu dilakukan susulan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan tadahan air empangan seperti Empangan Bekok, Empangan Sembrong dan Empangan Machap.

Katanya, pelepasan air empangan itu dibuat mengikut tatacara prosedur operasi standard (SOP) operasi empangan.

“Limpahan air empangan melalui struktur alur limpah akan berlaku apabila aras takungan empangan melepasi aras tertinggi. Limpahan air ini merupakan mekanisme yang direka bentuk untuk menjaga integriti dan keutuhan empangan.

“Buat masa ini sebanyak 15 buah pam bergerak sedang beroperasi di kawasan-kawasan kritikal di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak. 10 buah pam bergerak dengan kapasiti 10cusec lengkap dengan genset telah tersedia untuk dihantar ke Johor sebagai pam tambahan. 

“Operasi pam bergerak ini merupakan tambahan kepada sistem saliran dan pam sedia ada bagi mempercepatkan aliran air banjir untuk mengurangkan kedalaman banjir,” katanya hari ini.

JPS turut mengingatkan orang awam supaya sentiasa bersiapsiaga dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pusat kawalan operasi bencana di daerah dan negeri terlibat. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan