Sunday, June 14, 2026

Covid-19: Rakyat 23 negara dilarang masuk Malaysia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Selepas kerajaan menguatkuasakan sekatan masuk ke atas pemegang pas jangka panjang dari tiga negara awal bulan ini, Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengumumkan langkah serupa buat 20 lagi negara berikutan penularan Covid-19.

Dalam Facebook rasmi JIM, sekatan yang berkuatkuasa hari ini itu dibuat berikutan jumlah kes kumulatif positif Covid-19 yang melepasi angka 150,000 kes.

Antara negara terlibat ialah, Indonesia, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

Turut tersenarai ialah Sepanyol, Perancis, Brazil, Argentina, Turki, Chile, Itali, Rusia, Iran, Jerman, Peru dan Iraq.


Selain itu, sekatan itu juga dikenakan ke atas Colombia, Bangladesh, Filipina, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mexico dan Pakistan.

Pada 3 September lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Bera itu, bagaimanapun ada beberapa kes yang diberi pelepasan jika ia membabitkan kecemasan, ataupun urusan berkaitan hubungan hala dua negara, dengan syarat telah mendapat kelulusan Jabatan Imigresen.

Beliau menjelaskan, sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan