Friday, June 5, 2026

PM tiba di Filipina untuk lawatan rasmi dua hari

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manila hari ini untuk lawatan rasmi selama dua hari ke republik Filipina.

Anwar diiringi isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk lawatan rasmi kelima ke negara ASEAN sejak dilantik sebagai Perdana Menteri akhir tahun lalu.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri mendarat di Pangkalan Udara Villamor pada 12.50 tengah hari dan disambut oleh Setiausaha Kebajikan Sosial dan Pembangunan Filipina, Rexlon Gatchalian, selaku menteri pengiring.

Lagu kebangsaan, Negaraku kemudiannya dimainkan dan disusuli lagu kebangsaan Filipina, Lupang Hinirang (Tanah Terpilih).

Turut serta dalam lawatan itu adalah Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Pada sebelah petang, Anwar dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden, Ferdinand R. Marcos Jr. di Istina Malacanang dan akan diberikan sambutan negara disusuli mesyuarat dua hala antara kedua-dua delegasi.

Satu sidang media bersama akan diadakan selepas mesyuarat itu.

Perdana Menteri pada esoknya dijadual menyampaikan syarahan umum bertajuk ’30 Tahun Selepas Gelombang Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat ASEA’ di Universiti Filipina.

Beliau juga akan menerima anugerah Ijazah Doktor Kejormat daripada senat universiti itu serta mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di FIlipina.

Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke tanah air pada sebelah petang esok. – BERNAMA

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan