24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kembara Perpaduan Madani kukuh integrasi masyarakat

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMBARA Perpaduan Malaysia Madani dilancarkan hari ini dengan matlamat menyebar luas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan Malaysia Madani.

Program tersebut merupakan salah satu inisiatif melalui Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha memperkasa agenda perpaduan negara dan integrasi nasional di bawah Ikhtiar 11: Menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat.

Majlis pelancaran program itu telah disempurnakan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang di Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Aaron berkata, kementeriannya akan menggerakkan keseluruhan agensi di bawahnya untuk menerajui pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dirancang.

Datuk Aaron Ago Dagang bersama Sukarelawan Siswa ketika majlis pelancaran Program Kembara Perpaduan Malaysia Madani hari ini.

Ujar beliau, penglibatan jentera perpaduan khususnya Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela, Sekretariat Rukun Negara, Kelab Rukun Negara, Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rakan Perpaduan akan diperkasakan bagi menyokong pelaksanaan setiap program serta aktiviti berkaitan.

Katanya, kolaborasi strategik itu juga akan digerakkan melibatkan agensi swasta serta NGO.

Advertisements

“Dalam masa sama, pelaksanaan program di bawah ‘Flagship’ Kembara Perpaduan Malaysia Madani akan menggunakan ‘whole of government approach’ iaitu kerjasama antara agensi kerajaan merentasi sempadan portfolio organisasi dengan berkongsi tindakan untuk mencapai matlamat pembangunan Malaysia Madani.

Datuk Aaron Ago Dagang hadir menyempurnakan majlis pelancaran Program Kembara Perpaduan Malaysia Madani hari ini.

“Progam ini akan membawa impak besar kepada seluruh lapisan masyarakat dengan pelbagai pengisian program yang dapat memperkukuh jalinan muhibbah dan ikatan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Saya menyeru agar seluruh rakyat dapat terus menghayati konsep ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’ dan mengamalkan nilai toleransi dalam membina masyarakat madani yang bersatu padu dan berdaya saing,” katanya.

Kembara Perpaduan Malaysia Madani mempunyai tiga kluster program yang berpaksikan kepada pencapaian objektif Dasar Perpaduan Negara melalui penglibatan dan kerjasama semua pihak termasuk pemimpin, agensi kerajaan, pihak swasta, NGO dan masyarakat.

Datuk Aaron Ago Dagang bergambar kenangan pada majlis pelancaran Program Kembara Perpaduan Malaysia Madani hari ini.

Tiga kluster utama yang digariskan di bawah Kembara Perpaduan Malaysia Madani adalah Program Semarak Kenegaraan, Program Semarak Perpaduan dan Program Komuniti Rahmah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan