27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Tiada pengenalan GST, cukai barangan mewah dikenakan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak bercadang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya kata Perdana Menteri, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah.

Beliau berkata, dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan melebihi lima peratus dan kadar upah yang masih rendah, maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenalkan dan melaksanakan GST.

Advertisements

“Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah (seperti), jam tangan mewah, barang fesyen mewah dan segala-gala mewah itu harus dicukai sepatutnya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas Anwar, ia merupakan pendekatan lebih progresif Kerajaan sebagai langkah baharu meluaskan asas cukai kepada mereka yang punyai kemampuan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan