24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

RM388.1 bilion diperuntuk bagi Belanjawan 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN memperuntukkan sejumlah RM388. 1 bilion untuk Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.

“Ini selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion tahun lalu.

“Peningkatan ini adalah untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, baik pulih prasarana awam dan kemudahan desa.

Advertisements

“Dengan pembaharuan tatacara perolehan Kerajaan akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat.

“Atas prinsip pertanggungjawaban, kerajaan mengurangkan defisit fiskal 2023 kepada 5 peratus ketimbang 5.6 peratus pada 2022,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, kerajaan bertekad untuk mencapai tahap defisit fiskal yang mampan dalam jangka masa sederhana dengan sasaran 3.2 peratus kepada KDNK menjelang 2025 tertakluk pada pertumbuhan ekonomi yang terus kukuh.

“Bagi mengekang peningkatan hutang, pinjaman baharu mestilah lebih rendah dan sebaik-baiknya untuk membiayai pembangunan yang membawa pulangan serta dampak langsung kepada rakyat,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan