28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Dewan Rakyat: Penyeludupan tembakau jadi tumpuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ISU mengenai penyeludupan produk tembakau dan rokok serta produk beralkohol antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan ditanya oleh Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang antara lain meminta anggaran kerugian hasil duti eksais, cukai jualan dan duti import akibat penyeludupan itu.

Sementara itu, Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan tindakan tegas berhubung kes penderaan kanak-kanak yang semakin serius di pusat jagaan kanak-kanak seluruh negara.

Advertisements

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan status terkini program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang dilaksanakan sebelum ini.

Turut bertanyakan soalan ialah Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab utama pengukuhan nilai mata wang ringgit selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dengan mata wang asing seperti Dollar US, Singapura dan Rupiah Indonesia serta kesan ke atas ekonomi dan inflasi negara.

Selesai sesi soal jawab, menteri-menteri akan menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja mengikut kementerian masing-masing. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan