27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Anwar, wakil AS bincang usaha tarik pelabur berkualiti

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membincangkan pelbagai langkah bagi mengukuhkan ekonomi termasuk menarik pelaburan berkualiti ke negara ini dalam pertemuan beliau bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Katherine Tai.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz manakala delegasi Tai diiringi Duta Besar AS ke Malaysia, Brian D. McFeeters.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perbincangan juga menjurus kepada langkah kebijakan untuk mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan global.

Advertisements

“Perbincangan juga turut menyentuh langkah-langkah bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi, membincangkan isu-isu kemudahan perdagangan selain melaksanakan usaha-usaha untuk menarik pelaburan yang berkualiti ke Malaysia,” katanya dalam Facebook hari ini.

Anwar berkata, inilah kali pertama ahli Kabinet Pentadbiran AS mengadakan lawatan ke Malaysia sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan tahun lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan