27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Perbaharui cukai jalan, lesen memandu MyEG tidak terjejas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KALANGAN pemilik kenderaan masih boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu seperti biasa menerusi saluran dalam kumpulan MY EG Services (MyEG), termasuk fleksibiliti tambahan melepaskan penerimaan salinan fizikal dokumen mereka.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar dan tidak terjejas.

“Kumpulan ini kekal komited untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan platform dalam talian yang selamat serta selesa,”katanya.

Advertisements

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang MyEG www.myeg.com.my atau menghubungi talian (03)7801 8888 serta akaun media sosialnya bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Terdahulu, dagangan saham serta waran MyEG digantung dari 9 pagi hingga 10 pagi berikutan pengumuman berkaitan syarikat itu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan