27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dana bantuan Malaysia ke Turkiye, Syria setakat ini RM20 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BANTUAN dana kemanusiaan Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria kini berjumlah RM20 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan itu adalah daripada beberapa syarikat tempatan dan pelbagai pihak termasuk sebanyak AS$1 juta daripada kerajaan Malaysia, manakala AS$1 juta lagi adalah sumbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Bagi bantuan menyelamat kita telah hantar dua pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), dan satu lagi kumpulan akan berlepas ke sana malam ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri semasa persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang meminta Perdana Menteri menyatakan bentuk bantuan yang telah diberikan kerajaan kepada Turkiye dan barat laut Syria.

Ini susulan bencana gempa bumi yang melanda yang telah mengorbankan begitu banyak nyawa dan mencederakan ribuan rakyat kedua-dua negara berkenaan.

Anwar berkata, kos penghantaran SMART banyak dikurangkan kerana kos penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat penerbangan Turkiye menjadikan hanya sekitar RM4 juta dibelanjakan untuk tujuan berkenaan. – BERNAMA

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan