31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

2 jawatan tertinggi UMNO: Tidak langgar perlembagaan

Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA pelanggaran perlembagaan atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022 baru-baru ini, yang melibatkan kelulusan usul tambahan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan akan datang,”kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan berkata, kesemuanya berjalan dengan teratur.

“Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan.

“Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertandingkan,” katanya dalam satu kemas kini di laman Facebooknya hari ini.

Advertisements

Dua hari lepas, Ahmad berkata, UMNO memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Katanya, beliau telah menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad dan timbalannya di Putrajaya berhubung isu itu.

Ia susulan tindakan dua ahli UMNO pada 20 Jan mengemukakan aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan tersebut yang didakwa tidak sah. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan