28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Serangan masjid: Jumlah korban 59 orang, 157 lagi parah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH korban akibat letupan di sebuah masjid di Pakistan meningkat kepada 59 orang dengan sekurang-kurangnya 157 yang lain mengalami kecederaan, kebanyakannya parah.

Ketika kejadian, kira-kira 260 individu dikatakan berada di dalam masjid berkenaan di mana sebahagian besar mangsa merupakan anggota polis yang menunaikan solat di dalam masjid yang terletak berhampiran kuarters polis itu.

Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis di bandar barat laut Peshawar itu, lapor Astro AWANI.

Sementara itu, Komander Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu dalam satu catatan di Twitter.

Namun beberapa jam kemudian, jurucakap kumpulan itu menyatakan kejadian itu bukan berpunca daripada mereka.

Advertisements

Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif yang melawat mangsa berikrar tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Jelasnya, insiden itu merupakan tragedi yang tidak dapat dibayangkan.

Pakistan, sejak November, menyaksikan peningkatan dalam serangan militan apabila pihak Taliban menamatkan gencatan senjata dengan tentera kerajaan.

Serangan ke atas masjid di dalam fasiliti polis itu adalah antara serangan paling buruk ke atas pasukan keselamatan dalam beberapa tahun kebelakangan.

Peshawar ialah ibu kota wilayah Khyber Pakhtunkhwa, di mana Taliban Pakistan mempunyai kubu kuat dan bandar itu menjadi lokasi paling kerap berlaku serangan.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan