27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Banjir: PDRM siap-siaga gerakkan anggota tambahan

Daripada keseluruhan laporan bencana, hanya Johor dan Sabah sahaja terlibat banjir, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan sudah semakin berkurangan.

Mesti Baca

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap-siaga bagi mengerakkan dan menambah pegawai termasuk anggota polis dari Bukit Aman bagi berhadapan bencana banjir terutamanya, di Johor dan Sabah.

Bagaimanapun, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani buat masa ini, belum ada keperluan untuk mengerakkan anggota tambahan kerana keupayaan pegawai dan anggota polis di peringkat daerah yang terjejas, masih mencukupi.

Beliau berkata, pihaknya akan terlebih dahulu mengatur gerak anggota di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sebelum bantuan dari Bukit Aman digerakkan.

“Setakat ini kita lihat daripada keseluruhan laporan bencana, hanya Johor dan Sabah sahaja terlibat banjir, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan sudah semakin berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Balai Polis Sri Medan, hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, setakat ini PDRM telah menerima beberapa bot baharu, khusus bagi kegunaan dalam bencana banjir kali ini, terutamanya dalam membantu agensi lain memindahkan mangsa-mangsa yang terjejas.

Selain itu, katanya, bot berkenaan juga digunakan khusus untuk tujuan rondaan keselamatan di kawasan penempatan yang telah ditenggelami banjir.

“Jika ada keperluan tambahan penggunaan bot di kawasan terjejas banjir, kita akan membuat permohonan dengan kerajaan, namun setakat ini apa yang kita nampak keperluan berkenaan masih mencukupi.

“Seperti yang kita perhatikan, keadaan di beberapa tempat sudah bertambah baik dan berharap tiada lagi hujan yang berterusan sehingga menyebabkan kejadian banjir,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan