24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Nurul Izzah kini Penasihat Kanan Ekonomi kepada bapa?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilapor telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi satu temu bual dengan akhbar The Star, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengaku telah berkhidmat dengan bapanya itu sejak 3 Januari lalu.

Beliau berharap melalui pengalaman sebagai bekas Ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara.

“Saya telah berkhidmat sebagai Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri, khusus dalam Ekonomi dan Kewangan berkuat kuasa 3 Januari 2023.

“Saya harap melalui pengalaman saya sebagai seorang Ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang seperti isu kemiskinan, teknikal serta pendidikan vokasional sejak empat dekad lalu mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara,” kata beliau seperti dilapor akhbar tersebut hari ini.

Advertisements

Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Anwar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datin Seri Wan Azizah Ismail berkata, antara matlamat beliau sebagai penasihat kepada Perdana Menteri adalah untuk mengembang dan memanfaatkan bakat tempatan yang cemerlang.

Katanya, ini meliputi meraka yang berada di dalam mahu pun luar negara di samping menambah nilai kepada usaha sedia ada bagi meningkatkan ekonomi rakyat.

Nurul Izzah memulakan karier politik apabila menang di Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum (PRU) tahun 2008 dan mempertahankannya pada 2013.

Pada PRU Ke-14, beliau telah mempertahankan kerusi tradisi keluarganya di Permatang Pauh namun dalam PRU lalu Nurul Izzah mengalami kekalahan mengejutkan di kerusi yang sama.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan