28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Pemilihan UMNO Bahagian Arau, Tanah Merah tetap diteruskan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMILIHAN UMNO bagi bahagian Arau dan Tanah Merah yang digantung akan tetapi diteruskan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, proses pemilihan bagi kedua-dua bahagian tersebut akan diuruskan oleh pentadbir bahagian yang dilantik.

Sebagai contoh katanya, pemilihan UMNO bagi bahagian Arau akan diuruskan oleh Datuk Rozabil Abdul Rahman yang dilantik sebagai pentadbir bagi bahagian tersebut.

“UMNO Bahagian yang digantung hanya Arau (Perlis) dan Tanah Merah (Kelantan) setakat ini. Pemilihan membabitkan kedua-dua bahagian ini tetap akan dilaksanakan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Tangki Air Baharu Benut hari ini.

Pada 5 Januari lepas, Majlis Tertinggi UMNO menggantung UMNO Bahagian Arau berikutan wujudnya pelbagai perbuatan sabotaj terhadap parti ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dalam PRU-15, Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak dicalonkan menyebabkan beliau bertindak meninggalkan parti dan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di saat-saat akhir.

UMNO Bahagian Tanah Merah pula digantung berkuat kuasa pada 16 Jun 2020 dan kini bahagian itu ditadbir jawatankuasa sementara.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pemilihan dan mesyuarat UMNO melibatkan 191 bahagian dan 22,000 cawangan akan diadakan bermula dari 1 Feb hingga 18 Mac ini. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan