27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tiga sekolah di Johor dinaiki air, 19 dijadikan PPS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK tiga buah sekolah di Johor telah dinaiki air manakala 19 buah lagi dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan para pegawainya untuk turun padang untuk meninjau keadaan sekolah yang dilanda banjir.

Pada masa yang sama, Fadhlina juga mahu para pegawainya memastikan segala fasiliti dan kemudahan di sekolah-sekolah terbabit dengan PPS dalam keadaan baik.

“Menjadi keutamaan saya untuk memastikan kesemua PPS ini dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan yang sempurna agar mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS ini sentiasa berada dalam keadaan sihat, selesa dan selamat,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Advertisements

Fadhlina kini berada di Sarawak untuk lawatan kerja ke negeri itu sebelum ini diberikan taklimat oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor (Pengurusan Sekolah), Anuar Sukiran berhubung situasi banjir.

“Sama-sama kita doakan agar semua mangsa dan petugas diberikan kekuatan dalam berhadapan situasi bencana banjir ini.

“Kepada mereka yang berada di kawasan rendah dan berpotensi untuk banjir, diharap sentiasa berwaspada dan bersiap-siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan