25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pelancong asing ke Sabah tak perlu jalani ujian Covid-19 prakemasukan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA pelancong asing yang masuk ke Sabah tidak lagi perlu menjalani ujian Covid-19 prakemasukan dan mengemukakan sijil vaksinasi bermula semalam.

Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, Jemaah Menteri Sabah semalam membuat keputusan itu bagi menyeragamkan sepenuhnya prosedur kemasukan pelancong asing ke negeri itu dengan prosedur di peringkat Persekutuan.

“Jemaah Menteri hari ini memutuskan bahawa prosedur kemasukan semua pelancong asing ke Sabah adalah diseragamkan sepenuhnya dengan dasar ditetapkan Kementerian Kesihatan.

“Dengan itu semua pelancong asing tidak perlu menjalani ujian saringan Covid-19 prakemasukan dan tidak perlu mengemukakan sijil vaksinasi semasa masuk ke Sabah,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Sebelum ini, kerajaan negeri memutuskan berkuat kuasa 8 Januari, semua pengembara dari China yang masuk ke negeri itu perlu mengemukakan ujian Covid-19 yang negatif dan perlu lengkap vaksinasi.

Terdahulu, pihak berkuasa China mengumumkan kebenaran kepada rakyatnya untuk melancong ke luar negara tanpa perlu memberikan butiran perjalanan.

Advertisements

Susulan itu, pelancong China dijangka akan masuk ke Malaysia susulan pembukaan semula sempadan China bermula pada 8 Januari lalu.

Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menganggarkan seramai 1.2 juta pelancong China dijangka masuk ke Malaysia pada tahun ini.

Pada 2018, Sabah merekodkan kemasukan pelancong China yang agak tinggi iaitu seramai 593,623 orang.

Dalam tempoh setahun itu, penerbangan terus dari China ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) merekodkan jumlah sebanyak 125 penerbangan seminggu.

Namun, Sabah menolak kemasukan penerbangan dari China pada awal 2020 susulan penularan jangkitan Covid-19 di republik berkenaan. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan