25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Status istimewa dua hala Arab Saudi, Malaysia kekal terpelihara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

STATUS istimewa hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia akan terus kekal terpelihara.

Perkara itu diperbincangkan dalam perbualan talefon Menteri Luar Malaysia, Dr Zambry Abdul Kadir dengan rakan sejawat beliau Putera Faisal bin Farhan semalam.

Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kedua-dua menteri turut memberi komitmen untuk terus berusaha meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Arab Saudi, khususnya dalam sektor ekonomi selain melihat ruang kerjasama baharu.

“Perbualan talefon pada 18 Januari (semalam) menekankan bahawa status istimewa Arab Saudi dalam konteks hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara di rantau Asia Barat kekal terpelihara,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Zambry turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Putera Faisal di atas keputusan Arab Saudi mengembalikan kuota penuh jemaah haji Malaysia sebanyak 31,600 tempat untuk musim haji 1444H.

Baca juga:   Jemaah Malaysia dibenar tunai umrah mulai 1 Muharam

Jun tahun lalu, Malaysia dan Arab saudi bersetuju meningkatkan lagi tahap kerjasama dua hala dengan menubuhkan Majlis Koordinasi Arab Saudi-Malaysia (SMCC).

Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Putera Faisal di Perdana Putra, Putrajaya.

Menerusi catatan di laman Facebook rasmi, Ismail Sabri berkata, selain itu usaha untuk mengaktifkan semula inisiatif penubuhan Majlis Perniagaan Arab Saudi-Malaysia dalam masa terdekat serta isu-isu lain seperti kuota haji, pendidikan dan pelancongan turut dibincangkan dalam pertemuan itu.

Baca juga:   Malaysia, Indonesia perhebat usahasama industri pertahanan

“Malaysia akan terus mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi melibatkan perdagangan serta pelaburan dengan Arab Saudi,” katanya.

Perkara itu diputuskan dalam lawatan rasmi dua hari Putera Faisal ke Malaysia bermula 7 Jun tahun lepas.

Putera Faisal turut menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan