Sunday, June 14, 2026

PM menaruh harapan tinggi ke atas Speedy Tigers

Selamat berjuang kepada pasukan kendalian Arul Selvaraj untuk mempamer aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan pada kejohanan kali ini.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh keyakinan tinggi kepada skuad hoki negara yang akan memulakan aksi Kumpulan C Piala Dunia 2023, di Bhubaneswar dan Rourkela, India.

Beliau berkata, selamat berjuang kepada pasukan kendalian Arul Selvaraj untuk mempamer aksi terbaik sekali gus mencipta kejutan pada kejohanan kali ini.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan buat Speedy Tigers. Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung.

“Harumkan nama negara di pentas dunia!,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Skuad The Speedy Tigers akan bertemu Belanda pada petang ini sebelum dijadual menentang Chile pada 16 Januari dan New Zealand pada 19 Januari.-Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan